Wendigo adalah makhluk yang pada asalnya manusia
tetapi telah berubah menjadi syaitan yang abadi apabila ia mengamalkan
kanibalism ( memakan daging orang ). Wendigo sentiasa merayau – rayau di kawasannya
untuk memenuhi selera rakusnya memakan daging manusia.
Pelbagai suku kaum asli di Amerika menceritakan tentang makhluk ini tetapi terdapat sedikit perbezaan. Ada yang memangilnya Wendigo, Witigo, Witiko, Windago dan Wintikow, walau pun berbeza panggilan tetapi ia mempunyai maksud yang sama iaitu semangat jahat yang ketagih memakan daging manusia. Sekita tahun 1860, penjelajah Jerman mengklasfikasikan Wenigo sebagai makhluk kanibal.
Wendigo dipercayai hidup di dalam hutan utara Minnesota dan di kawasan utara Kanada iaitu Ontario. Wendigo biasanya digambarkan mempunyai ketinggian yang lebih dari 15 kaki, semampai dengan mata becahaya, taring kekuningan yang panjang, kuku yang tajam dan lidah yang panjang. Kuasa sebenar Wendigo tidak pernah direkodkan makhluk ini hampir sempurna dalam soal memburu dengan menggunakan setiap ini wilayahnya seperti gua, bukit, pokok – pokok dan belukar.
Filem tentang Wendigo ~ 2001
Ada satu kisah
menarik berlaku pada Oktober 1907, yang melibatkan seorang lelaki bernam Jack
Cree Fiddler, beliau mendakwa telah membunuh 14 makhluk Wendigo ini semasa
hayatnya. Cerita ini mendapat perhatian antarabangsa apabila lelaki yang
berusia 87 tahun ini kemudiannya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana
membunuh seorang wanita puak Cree yang didakwa beliau adalah dalam proses untuk
menjadi makhluk Wendigo.
Fiddler
mahupun anaknya tidak teragak – agak mengaku bersalah ke atas jenayah itu,
tetapi kedua – duanya menegaskan tindakan mereka tidak dapat dielakkan untuk
menyelamatkan keluarga mereka dari dimakan oleh Wendigo. Sehingga ke akhir
hayatnya beliau mendapat gelaran “ Van Helsing Amerika “ di atas jasa dan
pengorbanan yang beliau lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan