Permainan Monopoly…aku rasa ramai
yang dah tak main permainan ni lagi maklumlah sekarangkan zaman canggih
manggih… budak – budak sekarang baik main
game - game online daripada
ngadap Monopoly ni… tapi aku nak cite juga sejarah permainan Monopoly ni…
Elizabeth Magie Charles Darrow
Sebelum Monopoly diciptakan sudah
ada permainan – permainan yang serupa, di antaranya adalah The Landlord Game yang diciptakan oleh Elizabeth Magie untuk
mempermudahkan orang ramai mengerti bagaimana tuan –tuan tanah memperkayakan
diri mereka. Magie memperkenalkan permainan ini pada tahun 1904.
Walaupun permainan ini telah dipatenkan,
tidak ada satu syarikat pun yang mengeluarkannya secara meluas sehinggalah syarikat
The Economic Game Company di New York, melakukannya
pada tahun 1910. Kemudian pada tahun 1935, Magie menjualkan hak patennya kepada
Syarikat Parker Brother dengan nilai USD500.
The Lanlord Game Monopoly
The Lanlord Game Monopoly
Tetapi pada awal tahun 1930
seorang lelaki dari Germantown, Pennyslvania bernama Charles Darrow yang merasa
terkesan dengan kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika mendapat inspirasi
untuk merancang apa yang dia lakukan kalau beliau menjadi jutawan dan gagasan
itu beliau wujudkan dalam bentuk permainan. Sebuah permainan kewangan yang
mempunyai versinya sendiri. Tidak dapat dipastikan adakah Charles Darrow pernah
melihat atau bermain permainan The
Lanlord Game ciptaan Elizabeth Magie.
Sehingga akhir tahun 1930 Charles
Darrow tidak sanggup lagi menangani permintaan yang datang oleh itu beliau
menjual hak patennya kepada syarikat yang sama mencetak The Landlord Game iaitu
Parker Bother dan seterusnya mendapat royalty dari setiap papan Monopoly yang
dijual.
Pada tahun 1935, permainan
Monopoly begitu popular dan mencatat jualan yang tinggi, Elizabeth Magie menuntut haknya di atas penjualan
permainan tersebut. Maka Parker Brother terpaksa mengeluarkan kembali permainan
The Landlord Games namun hanya beberatus saja sebelum pengeluarannya
dihentikan.
Menjelang tahun 1970, sejarah
awal permainan Elizabeth Magie mulai
dilupakan orang dan generasi pada masa itu dan seterusnya lebih mengenali
permainan Monopoly yang diciptakan oleh Charles Darrow. Sejarah perbalahan
antara Elizabeth Magie dan Charles Darrow telah diceritakan dalam buku The
Monopoly: Strategy and Tactics of The World Most Popular Games ditulis oleh
Maxine Brady yang telah dicetak pada tahun 1974.
Profesor Ralph Anspach juga pernah
membuat tuntutan kepada Parker Brother mengenai hak penciptaan permainan
Monopoly. Beliau juga ada menerbitkan buku tentang penyelidikannya dengan
judul The Billion Dollar Monopoly
Swindie ( Penipuan Monopoly Berbilion Dollar ) di mana beliau menghujahkan sejarah
awal permainan Monopoly dan perkembangan mainan tersebut.
Monopoly Hari ini
Tuntutan ini berlanjutan sehingga
tahun 1985 dan akhirnya hak paten itu menjadi milik Parker Brother. Kini hak
paten tersebut dimiliki oleh syarikat Hasbro iaitu syarikat permainan terkenal.
Sehingga ke hari ini permainan Monopoly sudah terjual lebih dari 105 negara dan
diterjemahkan dalam 39 bahasa.
Kat bawah ni adalah rekod rekod
permainan Monopoly…
- Lebih 200 juta permainan Monopoly telah dijual di seluruh dunia .
- Lebih daripada lima bilion rumah hijau kecil telah " dibina" sejak tahun 1935.
- Permainan paling lama dalam sejarah selama 70 hari berturut-turut .
- Permainan paling lama dalam tab mandi selama 99 jam!
- Beratus-ratus, mungkin beribu-ribu secara rasmi edisi Monopoli telah diterbitkan termasuk : Astronomi, Coca- Cola , Elvis , Las Vegas, NHL, Peanuts , Simpsons, dan Wizard of Oz.
- Jumlah wang dalam MONOPOLY standard ® permainan adalah $ 15,140 .
- Pada tahun 1978 , katalog Neiman Marcus Krismas ditawarkan versi coklat permainan berharga $ 600.
- Watak dikunci di belakang bar dipanggil Jake yang orang hukuman . Pegawai Edgar Mallory menghantar dia ke penjara.
- Apabila pemain mendarat di hartanah unowned dan memutuskan untuk tidak membelinya, harta itu pergi untuk dilelong.
Ok abis cite tentang Monopoly
tapi korang tau tak tentang “ Monopoly Malaysia “ ??? Cam Monopoly jugak cuma nama
je lain…so lain kali kita cite lagi k…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan