Selasa, 12 November 2013

Sepintas lalu tentang Ultraman

Keluarga Ultraman 

Salam semua….hari ni aku nak cerita tentang superhero yang paling aku suka…iaitu ULTRAMAN… iya…cite nilah yang paling aku minat dari zaman Ultraman Hayata sampailah Ultraman Zero memang aku suka….selalu jugak lepak ngan anak – anak aku layan cite Ultraman ni…kadang – kadang aku pulak yang lebih…..kihkihkih…

Ok…cite Ultraman ni terbahagi kepada 2 zaman….zaman pertama Zaman Showa…iaitu ultraman – ultraman yang di cipta sebelum tahun 1990 ( ultraman lama ) dan  zaman kedua ialah Zaman Heisei iaitu ultraman-ultraman yang dicipta selepas tahun 1990 ( ultraman baru ). Untuk cerita – cerita ultraman zaman Showa setiap siri cite ultraman ada berhubungan dan mereka kebanyakannya adalah adik beradik…sedangkan zaman Heisei cite mulai berkembang dan lepas dari hubungan ultraman sebelumnya. Ultraman zaman Heiseilah yang mula perkenalkan kostum ultraman berwarna biru serta perubahan bentuk ultraman….kadang – kadang samapi mode yang ke 3…

Namun secara umumnya ultraman kedua – dua zaman ini banyak persamaannya…antaranya ialah…

  1. Secara umumnya warna ultraman adalah warna perak bercorak merah tapi terdapat juga ultraman bercorak biru.
  2. Memiliki satu colour timer (life gauge/energy core ) berwarna biru berbentuk bulat di tengah dada dan akan berkelip – kelip berwarna merah jika tenaga ultraman akan kehabisan. Biasanya ultraman akan kehabisan tenaga selepas 3 minit berlawan.  Ultraseven tidak mempunyai colour timer dan bentuk Ultra N projek seperti Next, Nexus dan Noa adalah seperti huruf V memanjang ke samping.
  3. Sebagai seorang superhero, musuh Ultraman adalah raksasa bumi (kaijuu, sejenis Godzilla) dan makhluk luar angkasa. Raksasa yang kemunculannya menjadi langganan dalam serial Ultraman adalah Alien Baltan (tidak muncul dalam Ultraman Nexus). Ultraman juga mampu mengecilkan tubuhnya menjadi seukuran manusia untuk menghadapi musuh yang bukan raksasa.
  4. Dapat mengeluarkan energi beam yang sangat kuat dengan  menyilangkan kedua tangannya secara tegak lurus (jurus Specium Ray),  beam ditembakkan dari lengan kiri yang vertikal. Meski memiliki banyak  jurus lain dan berbeza antara Ultraman satu dengan yang lain, gerakan  tadi selalu menjadi jurus pemusnah atau ciri khas dari setiap Ultraman.
  5. Biasanya didukung oleh sebuah pasukan pelindung bumi yang dibentuk oleh  sekelompok manusia yang memiliki senjata dan pesawat super canggih.  Namun, biasanya teknologi ini tidak sampai mampu menghancurkan para  monster raksasa selain Ultraman yang harus mengalahkannya.
  6. Memiliki host   atau menumpang dalam tubuh manusia bumi untuk dijadikan medium. Biasanya para  host orang ini dari pasukan tempur. Host berubah menjadi  Ultraman dengan menggunakan sebuah benda yang menyinari tubuhnya dengan  cara diacukan ke atas. Benda ini bermacam bentuk…ada yang seperti kapsul seperti Ultraman Hayata… ada yang berbentuk gelang ditangan seperti Ultraman Mebius… ada yang bercantum dua orang seperti Ultraman Ace… Ultraseven berubah dengan menggunakan  kacamata, dan Ultraman Jack berubah tanpa alat.ini dan sudah pasti beliau adalah seseorang yang menjadi anggota pasukan pelindung bumi kecuali  Ultraman Mebius yang menyamar sebagai manusia. Khusus dalam serial Ultraman Nexus,  manusia yang ditumpangi disebut dunamist.
So inilah dia sepintas lalu pasal ultraman so lepas ni akau akan ceritakan asal – usul ultraman pulak….

1 ulasan: