Selasa, 12 November 2013

Cerita Pasal Burger Bakar...



Aku nak cite sikit pasal burger bakar ni....kat tempat aku dah 5 gerai burger bakar yang telah ditutup...macam - macam jenama...tapi aku tak leh lah sebut...sensitif...nanti tak pasal kena pelangkung ngan tokei - tokei dia orang!!! Tapi apa yang aku nak kongsikan di sini adalah ...KENAPA...??? Cuba korang fikir kalo perniagaan dia orang untung takkanlah dia orang tutup perniagaan...bukannya kena kacau ngan PBT pun..!! So tak lain dan tak bukan mestilah...mereka RUGI betul tak...??? K sekarang kita kaji kenapa mereka berniaga rugi...

Masalah Pertama adalah harga dan lokasi. Inilah masalah utama dalam perniagaan ini...iaitu harga...!! Korang hendaklah sesuaikan harga yang korang jual dengan lokasi tempat korang meniaga...!!! Ok aku bagi contoh kalo korang jual burger bakar RM6.00 ~ RM8.00 sebiji dan korang jual kat kawasan rumah kos sederhana rendah korang agak - agak ada sale tak...??? Ada tu memang ada tapi tak banyak...berapa ketul je...dari beli seketul RM6.00 baik aku kena mee bandung muar atau Char Kuey Teow...lagi kenyang perut aku... so cuba selesaikan masalah ni dulu...harga yang sesuai untuk burger bakar kawasan seperti ini adalah RM4.00. Kalo nak jual atas RM6.00 ke atas cari kawasan - kawasan perumahan yang elit dan orang - orang kaya. Faham tak....wat survey sikit jangan malas...

Masalah Kedua adalah produk yang terhad dan tiada pilihan. Apa yang aku maksudkan di sini ialah korang cuma ada satu menu saja iaitu burger bakar dan satu paras harga RM6.00 keatas. Sebagai peniaga korang kena bijak untuk memikat hati pelanggan. Jual pelbagai menu...sebagai contoh jual burger goreng Ramly sekali sebab burger Ramly ni dah terkenal dan harga pulak taklah mahal...bukan semua ada duit nak beli burger bakar...betul tak..??? Meniaga ikut budget orang...wat produk ada mahal ada murah... mungkin korang leh bakar burger Ramly tu...janji dapatkan harga yang orang mampu beli...cuba buat pelbagai paras harga jangan statik...ok...

Masalah Ketiga adalah rasa burger tak sedap atau failed. Kesilapan peniaga ialah merasakan bila burger bakar tu tebal dan dibakar pasti sedap. Silap besarlah kalo fikir begitu...sebab aku pernah tak habis makan burger bakar sebab dalam dia tak masak sebab bila daging tebal sangat dia orang akan bakar dulu kemudian simpan...lepas tu kalo ada orang nak baru dia orang panaskan balik...ini membuatkan rasa burger dah lari sebab tak sama dengan daging yang dibakar fresh...ada yang lebih teruk dia orang kukus dulu sebab nak masakkan daging dulu baru dibakar...ni pun pada aku tak sedap sebab jus - jus dia dah keluar...cuba korang ambil sate yang mentah...korang kukus lepas tu bakar...apa rasa...ada sama cam sate yang terus dipanggang ke...??  Ahhh ...lu fikirlah sendiri...

Masalah Keempat adalah masak lambat. Ni berkait rapat dengan masalah ketiga...daging tebal masak guna arang cam mana nak cepat...lepas tu kipas guna tangan...fuhhh...lenguh tu mau panjang sebelah tangan.... dahlah nak hidupkan arang satu hal...orang dah lama tunggu...tu yang datangnya bakar dululh...kukus dululah..so cara yang paling baik cari alternatif lain cara membakar yang cepat,murah, efektif dan yang penting rasanya tak berubah...hahahaha...cuba korang cari cara ni....cuba jadi orang yang kreatif ok...

Masalah - masalah di atas dapat di atasi jika anda menjadi pniaga yang MERDEKA... maksud aku berniaga buat daging sendiri...barulah korang boleh main harga...!! Cipta resepi sendiri...cuba pada ahli keluarga bab rasa tuh... kalo sedap leh komersialkan ....kalo tak sedap cuba buat lagi...jangan malas k..!! Berat yang baik untuk buat burger bakar yang cepat ialah seberat 110g.( daging akan susut 10% bila di bakar ).sebab tak tebal dan tak nipis...dan boleh dijual dengan harga RM4.00. Juallah dan bermain dengan kuantiti... jual murah tapi banyak lbih menguntungkan dari jual mahal tapi sedikit...

Ini adalah pendapat aku sebagai peniaga jalanan...kalo korang tak nak dengar pun tak apa...aiman tak kisah...tapi kalo nak cuba tips di atas cubalah....insyaallah korang pasti berjaya....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan