Ehh…korang faham ke tajuk yang aku bagi tu…Kenapa Milo dipanggil “
MILO “. Maksud aku kenapa Milo tu dinamakan MILO kenapa tak Milah ke…Mulut ke…Malat
ke…mesti ada sebabkan dinamakan MILO betul tak ?? Siapa si Milo tuhhh. Nak tahu ceritanya….
Milo ialah jenama untuk
sejenis minuman susu yang ditambahkan
dengan coklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé,
minuman ini berasal dari Australia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai
negara, termasuk Singapura, Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan
Jamaica,
Jepun,
Chile,
Thailand,
Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.
Milo dulu - dulu
Milo dicipta pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne. Pada
asalnya, ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran
dengan Kempsey, New South Wales, Australia.
Pada tahun 2004, Nestlé meraikan hari ulang tahunnya yang ke-70.
Perubahan Milo dari dulu sampai sekarang
Nama “ MILO “ diambil sempena nama Milo de Croton ( Milo dari croton ), iaitu
ahli gusti Yunani yang
terkenal kerana kekuatan legendanya. Beliau hidup pada abad ke-6 SM dan berasal
dari kota Greek, Croton di selatan Itali. Beliau banyak memenangi pertandingan
yang diadakan dalam perayaan penting di Greece purba. Beliau juga yang
mengetuai tentera rakyat Croton ke Bandar jiran Sybaris pada 510 SM. Beliau juga mampu mengangkat lembu dan diletakkan di bahu.
Milo de Croton
Milo
juga dikatakan adalah kawan kepada ahli matematik terkenal iaitu Pythagoras dan
pernah menyelamatkan nyawanya ketika dihempap bumbung rumahnya yang runtuh.
Seperti atlet lain di Greece purba . Milo adalah lambang kekuatan dan kuasa.
Mcm mne untuk memulakan niaga air milo menggunakan lori
BalasPadamIngin kan penjelasan dari pihak milo..atau rakan2..mcm mana cara untuk meniaga milo menggunakan lori pakai stiker milo..0193667247
BalasPadam