Ahad, 24 November 2013

Siapa pencipta " rice cooker " ????


“ Rice cooker “ atau periuk nasi elektrik adalah salah satu alat elektrik yang wajib ada di dapur setiap rumah yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji mereka.  Ia memudahkan kita memasak nasi dengan mudah dan cepat….tapi pernahkah korang terfikir siapa yang mencipta periuk nasi sehingga memudahkan kita sampai ke hari ini…

Pada tahun 1937 tentera Jepun yang menggunakan dapur bergerak telah mencipta periuk nasi primitif… ia berupa kotak kayu dengan dua elektrod yang dipasang bertentangan. Namun kaedah ini tidak sesuai digunakan kerana berbeza –beza jumlah haba yang dihasilkan.

Pada tahun 1945, Mitsubishi Electric Corporation adalah syarikat pertama yang menghasilkan “ rice cooker “  secara komersial. “ Rice cooker “ ini terdiri dari periuk yang diperbuat dari aluminium dan mempunyai gegelung pemanasan. Ia bukan automatic “turn off “ dan memasak nasi memerlukan pemantauan yang berterusan. So kaedah ini pun masih tidak sesuai.

 “ Rice cooker “ pertama yang praktikal dicipta oleh Yoshitada Minami dari Toshiba Corporation sebuah lagi syarikat gergasi Jepun hingga ke hari ini. Ia menggunakan 3 ruang periuk nasi yang menyediakan penebat haba dan lapisan udara.

Pada 1956 “ rice cooker “ automatic pertama berjaya dicipta dan dikomersialkan oleh Toshiba Corporation. Ia menggunakn kaedah memasak nasi menggunakan 2 ruang didalam periuk. Apabila beras dan air dimasukkan …air diluar periuk akan memanaskan periuk tersebut dari luar. Apabila suhu meningkat sebuah thermostat dwilogam kemudian diaktifkan dan dimatikan secara automati untuk mengelak nasi daripada hangus. Hasil daripada teknologi ini Toshiba Corporation telah berjaya menjual 200,000 “ rice cooker “ sebulan dan empat tahun kemudian separuh daripada penduduk Jepun telah pun mempunyai “ rice cooker “ seperti ini. Kemudian teknologi  “ rice cooker ‘ berkembang mengikut tahun dan pelbagai inivasi telah dilakukan.

1965 ~ Syarikat Zojirushi Termos mencipta “ rice cooker “ yang boleh menghangatkan makanan sehingga 24 jam dengan menggunakan pengatur haba semi konduktor. Ini meningkatkan kepelbagaian “ rice cooker “  yang sebelum ini hanya boleh untuk memasak nasi. “ Rice cooker “ ini terjual lebih 200,000 setahun.


Sehingga ke hari ini “ rice cooker “ terdapat pelbagai fungsi dan mempunyai ciri –ciri elektronik untuk memudahkan kita memasak nasi, bahkan “ rice cooker “ juga boleh digunakan untuk memasak makanan selain dari nasi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan