Ahad, 17 November 2013

Gadget untuk menjadi Ultraman Showa dan Heisei

Setiap host manusia mempunyai alat atau gadget untuk menukar diri mereka menjadi ultraman ada pelbagai alat yang digunakan...tetapi ada juga yang bertukar tanpa menggunakan alat sebab kuasa mereka dah sebati di dalam diri. Di sini aku listkan beberapa alat atau gadget untuk mereka bertukar ke ultraman zaman Showa...

Alat dan gadget untuk menjadi Ultraman Showa dan Heisei

 Beta Capsule



Beta Capsule adalah alat transformasi Ultraman yang diberikan kepada Hayata.  Cara menggunakannya dengan menghalakan beta capsule ke atas sambil berkata “ Hayata become  Utraman “....so jadilah ultraman.

 The Ultra Eye

Ultra Eye untuk Ultra Seven 


Ultra Eye untuk Ultraman Seven X


Ultra Eye untuk Ultraman Zero
 

Cara penggunaan Ultra Eye


The Ultra Eye adalah alat transformasi yang digunakan Dan Moroshi untuk menjadi Ultraman Seven. Biasanya The Ultra Eye ini disimpan di poket baju unifom dia dan cara menggunakannya ialah dengan melekapkan The Ultra Eye di mata sambil menjerit “ DWUAHH “. The Ultra Eye juga digunakan oleh host ultraman lain seperti Taiga Nozomu ( Ultraman Taro) dan Jin ( Ultraman Seven X )

Will Power

 
 
“ Will Power “ bermaksud host manusia bertukar bentuk ke ultraman tanpa menggunakan apa – apa alatan transformasi. Kuasa ini seolah –olah telah sebati dalam diri host manusia tersebut. Ia biasa berlaku ketika host manusia lemah seperti kapal terbang tempur terhempas dan sebagainya maka secara automatic mereka akan bertukar ke ultraman. Antara ultraman – ultraman yang menggunakan “ Will Power “ adalah seperti di bawah…

Ultra Ring


Terdapat 2 Ultra Ring pertama diberikan kepada Seiji dan yng kedua diberikan kepada Yuuko dan mereka berdua kena melompat dan menyentuhkan kedua -dua cincin mereka di antara satu sama lain untuk bertukar menjadi Ultraman Ace. Selepas Yuuko meninggalkan bumi…maka Seiji memakai kedua – dua cincin tersebut.


Ultra Badge



Ultra Mother telah memberi ultra badge kepada Kotaro Higashi sebagai alat menukar dirinya menjadi ultraman Taro. Cara menggunakannya hampir sama dengan beta kapsul cuma untuk menjadi ultraman Taro, Kotaro kena menjerit “ Taro “ ketika ultra badge mula bersinar.

Leo Ring



Alat tranformasi untuk Ohtori Gen menukar menjadi Ultraman Leo. Macam biasa kena jerit “ Leo “ ketika mahu menukarkan dirinya.

Bright Stick


Hampir sama bentuk dan penggunannya seperti beta capsule. Cuma Takeshi Yamato kena menjerit “ Eighty “ untuk menjadi Ultraman 80.


Delta Plasma Pendant


Alat transformasi Ultraman Neos, alat ini diberi kepada Genki apabila Neos, Zoffy dan Seven 21 menyelamatkan beliau dari kematian di angkasa . Selepas beliau kembali ke bumi Genki menyembunyikan alat tersebut sehingga muncul raksasa gergasi dan Genki meggunakan alat ini menukarkan dirinya menjadi Ultraman Neos.


Pikari Brush

  Pikari Brush 1                            Pikari Brush 2

 Katsuko menggunakan alat ini untuk menukarkan dirinya untuk menjadi Ultraman Zearth dalam filem kedua alat ini telah dinaik taraf dan digantikan dengan Pikari Brush 2.

Spark Lens


Spark Lens adalah alat untuk transformasi untuk Diago Madoka untuk menjadi Ultraman Tiga. Terdapat perbezaan bentuk Spark Lens untuk Ultraman Tiga dan Ultraman Tiga Gaiden.

 Reflasher


Reflaser adalah alat yang digunakan oleh Asuka Shin untuk menukar dirinya menjadi Ultraman Dyna.  Ia muncul dalam episode 1 Ultraman Dyna.

Esplander

 
Espander adalah alat transformasi untuk Ultraman Gaia dan ia dimiliki oleh Gamu Takayama.

Agulater


Agulator memancarkan cahaya biru untuk membolehkan Fujiyama bertukar menjadi Ultraman Agul.

Cosmo Pluck


Cosmo Pluck milik Musashi Haruno untuk transformkan dirinya kepada Ultraman Cosmos.

Just Lancer


Alat yang digunakan oleh Julie untuk menukarkan dirinya menjadi Ultraman Justice.

Evoltruster


Alat transformasi untuk Ultraman Nexus.

Mebius Brace

 
Mebius Brace adalah alat transformasi untuk Ultraman Mebius dan ia dimiliki oleh Mirai Hibino.

Knight Brace
 



 Alat transformasi untuk Ultraman Hikari dan Ultraman Tsurugi.

Zero Bracelet


Zero Bracelet adalah  kepunyaan Ultraman Zero untuk memudahkan beliau menjelma  melawan raksasa.

Ginga Spark


Ginga Spark adalah alat transformasi untuk Ultraman Ginga dan ia dimiliki oleh Hikaru Raido..

Setakat nilah yang dapat aku listkan tentang gadget - gadget untuk seorang host manusia menukarkan dirinya kepada Ultraman. Nanti kalo ada yang terbru aku update ok....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan