Selasa, 19 November 2013

Sejarah syarikat Dunkin' Donuts

Korang suka makan kuih donut ke..?? Bukan kuih donut yang Cik Jah jual kat tepi jalan tu..tapi kuih donut Dunkin' Donuts yang pelbagai kaler dan perasa tuhh...kalo minat tahukah korang kedai pertama kuih donut ni namanya bukan Dunkin' Donuts....


 William Rosenberg telah mengasaskan syarikat Industrial Luncheon Services pada tahun 1946. Pada mulanya, syarikatnya membekalkan makan kepada pekerja – pekerja kilang di sekitar Boston, Massachusetts. Apabila beliau mendapati syarikatnya berjaya,, beliau dapati 40% keuntungan beliau adalah datang dari jualan kopi dan donut.
Di sinilah beliau mengambil keputusan membuka sebuah kedai donatnya yang pertama yang diberi nama Open Kettle. Seterusnya pada tahun 1950, Rosenberg membuka sebuah lagi kedai donut di Quincy, Massachusetts. Kali ini beliau namakan Dunkin’ Donuts.
Kemudian beliau telah memfrancaiskan kedai donutnya. Pada 1959, tahun demi tahun syarikat ini berkembang dengan pesatnya dan pada tahun 1970 Dunkin’ Donuts telah bertaraf antarabangsa denga reputasi yang luar biasa dari segi kualiti dan layanan.  
Ini telah menarik minat Allied Domecq iaitu tuan punya perniagaan Togo dan Baskin Robins untuk membeli Dunkin’ Donuts dari keluarga Rosenberg. Pembelian dan pengambil alihan perusahaan dari keluarga Rosenberg akhirnya disepakati dan dilakukan pada tahun 1983. Kini terdapat lebih 5,000 kedai Dunkin’ Donuts di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan