Rabu, 27 November 2013

Kisah Si kembar Vespa...




Kalo korang terror apa nama nama motor ni...??? Kalo korang jawab Vespa salahlah... sebab tajuk dia pun dah kembar Vespa mestilah bukan Vespa...!!! Kalo tak tau aku bagitau... motor ini adalah ....
skuter Lambretta... kuanggg... kuangg.. kuangg...



Nama skuter Lambretta di ambil dari perkataan “Lambro” iaitu sebuah sungai kecil yang berhampiran dengan kilang yang membuat motosikal ini. Lambretta juga dikenali dengan nama Siambretta di Amerika Selatan dan Serveta di Sepanyol. Skuter Lambretta dikeluarkan pada tahun 1947, setahun selepas skuter Vespa dilancarkan.

 Ferdinando Innocenti

Walau bagaimana pun idea asal Lambretta bermula pada tahun 1922 apabila Ferdinando Innocenti membina sebuah kilang keluli di Rome, Itali.  Pada tahun 1931 beliau telah memindahkan perniagaannya yang semakin besar ke Milan. Kilang ini teruk dibom dan dimusnahkan semasa perang dunia ke-2. Pada waktu inilah Ferdinando Innocenti melihat masa depan untuk menghasilkan pengangkutan persendirian yang berdaya saing, murah dan efektif.

Untuk mrealisasikan idea ini beliau telah memilih jurutera aeronautik Corradino D’Ascanio, yang bertanggungjawab membina helikopter moden pertama untuk Agusta. Untuk memudahkan D’Ascanio, Innocenti memberikan panduan iaitu kenderaan itu  mestilah boleh dipandu lelaki dan perempuan, boleh membawa penumpang dan pakaian orang yang menunggangnya tidak kotor. Secara asasnya rekabentuk lambretta diambil konsep skuter Cushman. 

Skuter Cushman dari Nebraska, Amerika Syarikat

Skuter  ini dibuat di Nebraska, Amerika Syarikat. Ia skuter yang tahan lasak dan digunakan tentera Amerika untuk bergerak untuk memusnahkan jalanraya dan jambatan di Dolomites dan sempadan Austria

Sayang sekali terjadi salah faham di antara D’Ascanio dan Innocenti maka D’Ascanio telah mengambil balik rekabentuk tersebut dan di beri kepada Enrico Piaggio iaitu tuanpunya skuter Vespa...so sekarang barulah korang tau cam mana bentuk Vespa ngan Lambretta lebih kurang sama. Rekabentuk akhir Lambrtta ibuat oleh jurutera penerbangan bernama Cesare Pallavicino dan Pier Luigi Torre.
 


Pada tahun 1972, kerajaan India telah membeli kilang Innocenti dan hak kepada nama Lambretta, mewujudkan Skuter India Limited (SIL). Hari ini, hak-hak jenama Innocenti dimiliki oleh Fiat manakala yang tertua Lambretta dan Lambro pendaftaran cap dagang di seluruh dunia dimiliki oleh SIL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan