Sapa yg duduk
kat sekolah asrama tentu pernah dengar atau main permainan Spirit Of The Coin.. Permainan ini dinamakan Ouija di US dan konsepnya adalah sama
seperti Spirit Of The Coin. Dari manakah asal usul permainan ini?
Permainan Spirit of
the coin – Fakta & Rahsia
” Spirit of the
coin ” sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Sekarang pun
mungkin ada juga orang yang masih main permainan ini. Pada zaman persekolahan ,
kita orang selalu jugak main permainan ini bila time boring - boring kat hotel...tapi papan dia guna kertas kadbod...je....
Apa itu permainan ”
spirit of the coin ” sebenarnya ?
Sebenarnya ” spirit
of the coin ” bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung
dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan
dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh
orang yang telah meninggal dunia.
Kaedah ini biasanya
digunakan untuk :
1.Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
2.Mengetahui kedudukan roh.
3.Berkomunikasi dengan roh.
4.Minta bantuan secara gaib
5.Mencari barang / orang yang hilang.
6.Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan
atau dibunuh dan sebagainya
7.Untuk
tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.
Apa yang berlaku
dalam ritual ” spirit of the coin ” ?.
Setelah lengkap
papan atau kertas ” Ouija ” yang dilengkapi dengan tulisan A-Z , Nombor 0-9 , ”
Yes ” , ” No ” , ” Home ” dan ” Good Bye ” . Kita boleh menjemput sesebuah roh
yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi
dengannya. Apabila sebuah roh hadirkan diri , Kita perlu tanya beberapa soalan
untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. Setelah
memastikan ia adalah roh yang kita inginkan , Kita boleh mula tanya apa yang
kita inginkan atau berbual dengannya.
Selalunya banyak
roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada
roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita
tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar kerana kebolehan kita terhad .
Orang yang melatih Yoga , Meditasi dan kuat sembayang dapat merasai kehadiran
mereka.
Semua manusia
dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Sebab
itulah kita tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula
bermain ” spirit of the coin ” , dengan rela hatinya dia membuka ikatan
kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk kedalam kehidupannya. Apabila
sebuah roh hadir ia akan memasuki badan orang itu dan menjawab soalannya dan
keluar selepas proses tersebut. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang
yang berilmu tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.
Kadang-kadang dalam
beberapa kes roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki
kedalam ritual ini dan berlakun seperti roh orang yang kita maksudkan . Jawapan
yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak
dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang
berhawa nafsu tinggi tidak akan meniggalkan orangnya selepas ritual ini selesai
sebaliknya ia akan mengekorinya dan mengganggunya seumur hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan