Korang pernah
tengok cite Only The Strong tak…lakonan Mark Dacascos dalam tahun 90 an dulu…
cite tu berkisarkan tentang seni bela diri dari Brazil iaitu Capoeira. Seni Capoeira
ini menggabungkan seni bela diri, muzik, tarian dan akrobatik menjadikan seni ini
semakin digemari oleh masyarakat. So dari mana asal seni Capoeira ni…
Gerakan dalam
Copoeira menyerupai tarian dan tendangan. Biasanya pertarungan dalam Capoeira
diiringi muzik yang dipanggil Jogo. Seni ini sering dikritik kerana keraguan
orang ramai tentang keampuhannya dalam pertarungan sebenar berbanding Tae Kwan
Do dan Karate.
Nama Capoeira diambil sempena nama tanaman di Brazil. Seni
ini bermula dan dikembangkan oleh hamba budak
– budak Afrika yang dibawa oleh orang –orang Potugis ke Brazil pada sekitar tahun
1500 an. Untuk mengelakkan dari pengetahuan bangsa Portugis mereka menjalani
latihan secara sembunyi – sembunyi dan berselindung di atas nama seni tarian. Mereka
berlatih teknik serangan dan mengelak diiringi muzik dan nyanyian.
Capoeira
terbahagi 2…Capoeira de Angola dan Capoiera Ragional. Masing – masing mempunyai
keunikan tersendiri. Pada tahun 1928 Manoel dos Reis Machado atau gelarannya Mater Bimba telah memperkenalkan
Eo Luta Regional Baiana. Satu seni campuran dari Capoiera Angola dan Batuque (Copoiera jalanan ) maka lahirlah Capoiera Regional.
Kalau korang perhatikan seni Copoiera
ini banyak menggunakan kaki daripada tangan ini disebabkan… menurut tradisi
kuno di Afrika menganggap tangan untuk perkara –perkara baik sementara kaki
adalah di sebaliknya. Menurut pepatah kuno Congo…” mooko mu tunga, malu mu
diatikisa “ yang bermaksud (tangan untuk membangun dan kaki untuk menghancurkan)
Itu saja aku nak cite tentang seni Capoiera…kat
Malayia pun ada kelas Capoiera tapi nasihat aku
Capoiera ni hanya untuk orang kurus
je tapi kalo badan korang gemuk aku tak syorkan seni beladiri ni….hahahaha….faham –
faham ajelah ye…
Boleh lawan silat ke ???
BalasPadamSebenarnya dalam seni belairi ko kena berlatih dan mengamalkannya... kalo ko ada ilat yang bagus pun tapi malas berlatih dan tiada amalan ko akan tewas dengan budak guna gaduh koboi je...hehehe
Padam