Gambar Pedang Damascus
Salam semua …hari ini aku nak menulis
kisah satu senjata yang menjadi lagenda
di dunia dan cara pembuatannya yang
misteri kerana ianya sangat – sangat membingungkan para ilmuwan sehingga ke
hari ini…iaitu Pedang Damaskus ( Pedang Paling Tajam dan Kuat Di Muka Bumi
). Pedang ini telah dibuat pada era tahun 1100M ~ tahun 1750M ). Maknanya
pedang Damaskus ni bukan seilah tetapi banyak yang dihasilkan.
Ketika berlangsungnya Perang
Salib ke-3 sekitar penghujung kurun ke-12, pasukan tentera eropah telah dikejutkan dengan kehebatan
pedang yang dimiliki oleh pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan
Salahuddin Al Ayubi. Pedang tersebut bukan sahaja mampu menembusi baju besi
tentera salib bahkan berupaya memotong pedang musuh. Inilah Pedang Damaskus,
senjata lagenda yang dikisahkan sebagai pedang paling tajam dan sempurna di
dunia dan ini di akui oleh pakar metalurgi dunia.
Antara ilmuwan moden yang turut
mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari
Jabatan Kejuruteraan dan Sains Bahan, Universiti Iowa, Amerika Syarikat iaitu
Prof. John D. Verhoeven. Beliau telah
menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah
Scientific American.
Dikatakan salah satu sebab
kekalahan tentera Eropah ketika peperangan itu ialah tentera Islam menggunakan
pedang yang mampu membelah baju besi, memotong pedang , membelah perisai dengan
sekali libasan tanpa mengalami apa – apa kerosakan pada mata bilahnya. Pedang
ini dianggap lebih hebat dari pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja
Arthur. Bahkan ketajamannya boleh membelah sutera dan rambut yang dijatuhkan ke
atasnya.
Ada sebuah kisah yang masyur
diperkatakan tentang Pedang Damaskus dan Sultan Salahuddin Al Ayubi terutama
yang berkaitan dengan perang salib.
“ Pada tahun 1192, Raja Richard yang digelar Lion Heart , raja Inggeris
yang memimpin tentera Kristian dalam Perang Salib lll, bertemu dengan musuh ketatnya iaitu Sultan Salahuddin
Al Ayubi. Kedua – dua pemimpin ini menghormati antara atu sama lain. Dalam
pertemuan ini Raja Richard telah mengeluarkan sebilah pedang yang lebar dan
berkilat dibuat oleh tukang besi Inggeris yang terkenal, kemudian beliau
menetak kotak dari besi hingga putus. Melihat perbuatan Raja Richard maka
Sultan Salahuddin pun mengeluarkan Pedang Damaskus kemudian beliau melepaskan
kain sutera nipis hingga terbang dan jatuh di
atas Pedang Damascus kemudian sutera itu pun terbelah dan putus kerana
sangat tajamnya Pedang Damascus tersebut”.
Ok...setakat ni dulu kita site tentang Pedang Damascus nanti kalau ada masa aku cite cam man pembuatan nya dan material - material yang digunkan sehingga tajam sbegitu rupa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan