Isnin, 11 November 2013

Pencipta Seluar Jean Levi's

Levi Strauss


Siapa yang tak tahu jean jenama Levi's...tolong angkat kaki....??? Seluar jean tau bukan seluar "JIN" sebut betul-betul. Ehh mana boleh korang tak tahu ekkk...( penambah bahasa orang Johor )...jenama jean yang mahal dan kalo original mahu sampai beratus dollar harga dia...! Sebenarnya seluar jean dicipta pleh Levi Strauss dan nama Levi's diambil  sempena nama beliau. Segalanya bermula daripada permintaan para pelombong emas di Sacramento.

Pada bulan Januari 1848, emas telah ditemui di Sacramento,California. Pada bulan September pada tahun yang sama banyak akhbar melaporkan tentang penemuan ketulan emas yang banyak di kawasan tersebut. Apabila Presiden Amerika Syarikat pada masa itu iaitu Presiden Polk mengesahkan penemuan tersebut maka ramailah pemuda pemuda Amerika meninggalkan kampung halaman masing- masing menuju ke Sacramento untuk mencari emas.

Malangnya ia tidak semudah yang dijangka...mereka terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan emas tersebut. Pelbagai alat digunakan untuk melombong termasuk bahan letupan. Untuk melakukan kerja-kerja tersebut mereka memerlukan seluar yang tahan lasak. Beberapa pelombong merayu  supaya Levi Strauss menghasilkan seluar yang sesuai.

Pada masa itu Levi Strauss adalah pengedar barang-barang keperluan di San Francisco. Pada mulanya beliau menggunakan khemah kanvas untuk mnghasilkan seluar tersebut namun hasilnya kurang memuaskan... kemudian beliau mencuba pula kain kapas berat dari Peranchis...kain itu dikenali sebagai denim..Kali ini percubaan beliau menjadi..!!



Untuk menguatkan bahagian tertentu pada seluar tersebut beliau telah menggunakan kepingan besi kecil.  Selepas itu Levi Strauss dan tukang jahit Jacob davis telah mempatenkan ciptaan tersebut. Semenjak itu seluar jean semakin popular kerana ciri-cirinya yang tahan lasak sampailah ke hari ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan