Korang ada atau pernah tak pakai
kasut Adidas atau Puma…kalo ada…korang tau tak sejarah disebalik kedua – dua
jenama kasut yang terkenal ni. So…kalo nak tahu jom kita baca kisah adik
beradik Dassler ni…
Semuanya bermula pada 1920an
dalam bilik basuhan mak mereka di sebuah bandar di bernama Herzogenaurach di Jerman. Disitu lah
bermulanya syarikat Dassler Brothers
Sports Shoe Company. Adolf Dassler seorang yang pendiam tetapi kreatif amat
pandai mereka dan membuat kasut, berlainan dengan abangnya Rudolph Dassler
seorang yang agak banyak bercakap dan bekerja sebagai seorang jurujual. Kira
abang dia ni mahir dalam ilmu pemasaran dan mereka telah bergabung dalam perniagaan
ini dengan si adik terus membuat kasut dan si abang pula menjualkannya.
Kasut keluaran Dassler Brothers
Sports Shoe Company menjadi terkenal setelah pelari lagenda dari Amerika iaitu Jesse
Owens memakainya di Sukan Olimpik dan memenangi 4 pingat emas pada dan jenama mereka mula
dikenali diseluruh dunia..Di sini la bermulanya mereka berdua kerap
berbalah..Satu kejadian telah terjadi yang membuatkan mereka
telah berputus arang berkerat rotan.
Sewaktu bandar Herzogenaurach
dibom oleh tentera bersekutu,Rudolph dan keluarganya telah berada di dalam bom
shelter dan bila Adolf dan keluarganya masuk kedalam bom shelter yg sama si
abang merungut "The dirty bastard.s are back again," merujuk kepada tentera
bersekutu tapi adiknya Adolf terasa abangnya sedang menyindirnya..
Konflik ini menyebabkan syarikat
mereka berpecah pada tahun 1948, mereka membahagikan pekerja dan aset kepada dua. Untuk syarikat si adik
diberi penjenamaan semula dngan nama “ Adidas “ sempena nama panggilan pendek
beliau iaitu Adi Dassler. Manakala abangnya pula menamakan syarikatnya “Ruda”
iaitu singkatan kepada Rudolf Dassler…tapi untuk menyesuaikan dengan sukan
olahraga namanya diubah kepada “Puma”. Kedua – dua kilang dibina berdekatan dan
bertentang dengan Sungai Aurach. Mereka bersaing sesama sendiri hingga menjadi
nadi pembangunan di Bandar Herzogenaurach.
Seluruh bandar merasa terkesan sehingga
mereka merasakan terperangkap dalam persengketaan adik beradik ini. Setiap
perniagaan tempatan diberi 2 pilihan
mahu berurusan dangan syarikat Adidas atau Puma. Mereka disuruh membuat pilihan
hanya satu saja. Temujanji atau berkahwin juga tidak dibenarkan antara kedua –dua
syarikat ini. Pekerja Puma tidak boleh bercinta atau berkahwin dengan pekerja
Adidas. Perkara ini berlarutan sehingga
bandar ini digelar “ bandar leher bengkok “, ini kerana orang akan memandang
kebawah melihat kasut anda dahulu sebelum berbual. Bandar ini benar – benar
terbahagi dua.
Kelebihan Ruda mempunyai
eksekutif – eksekutif jualan yang jauh lebih baik tetapi adiknya Adi mempunyai pengetahuan
teknikal dan hubungan yang rapat dengan athlet yang membolehkan produk beliau mendapat
publisiti yang meluas dan ini memberi skala yang lebih luas kepada Adidas.
Adidas dan Puma kerap bersaing sesama sendiri dan memberi tumpuan untuk
menyaingi antara satu sama lain tanpa menyedari ancaman dari pendatang baru dalam
industri kasut iaitu jenama NIKE. Kedua – dua syarikat Adidas dan Puma lambat
bertindak balas menyebabkan mereka jauh ketinggalan di belakang.
Permusuhan adik – beradik dan
kedua – dua syarikat ini berlanjutan sehingga
60 tahun. Malah apabila kedua – dua pengasas Adidas dan Puma ini mati mereka
dikebumikan secara bertentangan walaupun berada dalam tanah perkuburan yang
sama. Persengketaan ini hanyalah dielesaikan selepas kematian kedua – dua saudara
Dassler ini dengan syarikat Adidas dan Puma bermain permainan bolasepak persahabatan
sekaligus menamatkan permusuhan selama 6 dekad.
So...nasihat aku kita sebagai orang
Islam janganlah jadi macam adik – beradik Dasler ni....sebab tu ada pepatah melayu
menyatakan air dicincang tak akan putus...maksud aku air betul tau...bukan air
batu .... kuikuikuikkk
huiyo baru tau..klu la dorang ni bergabung mungkin lagi power brand mereka..tp klu x berpecah xe la plak brand puma.
BalasPadamCOPY GAMBAR
BalasPadamEHMMM NAK COPY GAMBAR
BalasPadam