Hai...salam semua..korang agak - agak bagaimanakah
cara orang - orang zaman Firaun dulu membinan piramid. Adakah mereka mengangkat
batu - batu besar menggunakan alat - alat yang canggih ? Atau mungkinkah mereka
dibantu oleh para jin atau pun makhluk asing yang turun ke bumi pada masa
silam...artikel ini mengupas segalanya tentang cara pembinaan piramid yang
selama ini menjadi misteri..
FIRMAN
Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak
mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah
liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik
melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-
benar
yakin bahawa dia yakni (Musa) orang – orang pendusta”. ( al – Qasas 38)
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah
Dan
perkasa di bumi Mesir pada zaman pmerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik
pembinaan pyramid ??
Akhbar
American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang
mengesahkan bahawa
Firaun
menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian, disebutkan bahawa
batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu
asalnya.
Para
saintis mengatakan, Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan
tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat
misteri jika dilihat daripada kodifikasi nombor
di
batu yang mereka tinggalkan.
Baru-baru
ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian
mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu
sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian
itu menegaskan, Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen
yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang
mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid,
Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam. Lumpur tersebut merupakan
campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan
menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat.
Spinx juga dibina menggunakan teknik yang sama seperti piramid
Kemudian
olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid.
Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu
diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan
itu, Prof. Davidovits telah mengambil contoh batu piramid yang terbesar untuk
dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu
tersebut.
Hasilnya,
beliau menegaskan batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa
penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu
alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan
oleh Davidovits itu adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun.
Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, 'Piramid Matahari' dan
menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini
memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah itu tersebar luas di masa yang lalu.
Sebelum
ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari
jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid.
Batu - batu dibuat menggunakan lumpur yang dibakar.
Beliau
berkata: "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan,
sekarang baru saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan
menggunakan tanah liat."
Bukti-bukti
kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung
raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga
dibina daripada tanah liat.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuwan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau kejadian Nabi Adam a.s sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, baginda juga berasal dari penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelas membuktikan Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya di Laut Merah bersama tenteranya.
Selain itu, Allah juga menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang diperjuangkan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian. Walahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan