Jersey Devil
adalah makhluk lagenda atau cryptid yang dikatakan menghuni hutan Pine Barrens
di Soutern New Jersey, Amerika Syarikat. Makhluk ini sering digambarkan sebagai
kepala dan kaki menyerupai kambing, berjalan
dua kaki, bersayap seperti kelawar, bertanduk dan ekor bercabang. Ia dilaporkan
sering bergerak pantas.
.Asal usul
lagenda Jersey Devil
Lagenda Jersey Devil bermula pada tahun 1735 di New Jersey dimana terdapat
seorang wanita yang bernama Ibu Leeds yang telah mempunyai 12 orang anak tetapi
mengandung untuk kali yang ke 13. Beliau mengatakan bahawa anak yang ke 13 ini
akan menjadi syaitan kerana pada beliau angka 13 adalah angka syaitan.
Dikatakan bahawa Ibu Leeds ini adalah seorang ahli sihir dan bapa kanak – kanak
itu adalah syaitan itu sendiri.
Semasa Jersey Devil dilahirkan ia adalah normal seperti kanak – kanak lain
tetapi kemudian ia berubah bentuk menjadi makhluk dengan kuku, kepala kambing,
sayap kelawar dan ekor bercabang. Ia mengeram dan menjerit, semasa bertukar
bentuk ia cuba dibunuh oleh bidan tetapi ia dapat lari sebelum terbang memasuki
crobong asap. Ia mengelilingi kampung –
kampung dan terus menuju ke hutal tebal Pine
Barrens dan bersembunyi di sana. Semenjak itu ia tidak kelihatan sehingga
muncul kembali pada tahun 1890.
Sila lihat rakaman di bawah untuk membuktikan makhluk ini benar - benar wujud...
Episod 1 ~ Jersey Devil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan