Isnin, 11 November 2013

Pencipta Liquid Paper


 Bette Nesmith Graham

Liquid paper memang telah banyak membantu kerja - kerja penulisan ketika zaman penggunaan mesin taip. Kalo korang nak tahu liquid paper dulu bukan cam sekarang yang berbentuk pen...tapi ia berbentuk botol dan menggunakan berus untuk menyapu kesalahan yang kita buat. So jom kita baca  kisah pencipta liquid paper ni.

Bette Nesmith Graham telah mencipta liquid paper pertama di dapurnya pada tahun 1951. Pada waktu itu dia bertugas sebagai jurutaip dan sering melakukan kesalahan ketika menaip. Untuk melindungi kesalahannya, dia mencipta cat putih yang diberi nama "Mistake Out" di dapur rumahnya.

Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah. Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik.




Dia pernah menjual produknya kepada IBM tetapi ditolak dan terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun. Dia menukarkan nama "Mistake Out" kepada "Liquid Paper" dan pada tahun 1968, Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.

 Pada tahun 2000, Liquid Paper telah dibeli oleh syarikat Newell Rubbermaid, syarikat Papermate adalah anak syarikat Newell Rubbermaid yang banyak mengeluarkan alatan tulis di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan