Korang
pernah kena "BOIKOT" tak ??? Atau dalam perkataan lebih mudah...korang
pernah kena pulau tak ?? Kalo korang nak tahu perkataan boikot tu
diambil dari perkataan orang putih iaitu "BOYCOTT" tapi ada sejarah
kenapa orang putih guna perkataan "BOYCOTT" tu bukan suka - suka je dia
orang nak letak..sejarah dia begini...
Selepas bersara dari tentera
pada tahun 1873, Kapten Charles Cunnigham Boycott menjadi pengurus ladang Earl
of Erne di Country Mayo, Ireland. Tugasnya adalah menentukan kadar sewa tanah,
memasarkan hasil pertanian dan menjaga kebajikan para petani di kawasan tersebut.
Tetapi Boycott tidak menjalankan tugas
seperti yang sepatutnya. Dia menjadi begitu sombong dan bongkak serta memandang
rendah pada petani-petani. Amalannya itu membuatkan petani-petani membencinya.
Kapten Charles Cunnigham Boycott
Mendapat tahu reaksi
petani-petani, Boycott bukan sahaja menaikkan kadar sewa bahkan merampas semua
hasil pertanian jika ada yang menangguh.nangguhkan sewa. Keadaan tersebut
membuatkan petani marah, lalu dianjurkan satu pertemuan bagi menentang dan
mengajar Boycott. Setelah berbincang secara panjang lebar, kata sepakat
diambil, semua petani bersetuju diwujudkan persatuan menentang tindak-tanduk
Boycott.
Pada 1880 satu memorandum dihantar untuk mendesak Boycott membenarkan
mereka sendiri menentukan kadar sewa tanah yang dikerjakan.Walaubagaimanapun
Boycott menolak mentah-mentah cadangan tersebut sambil berkata " aku
pengurus di sini, aku tahu apa yang aku lakukan, kamu hanya hamba belaka".
Petani-petani merasa terhina dan hampir hilang sabar dengan kerenah Boycott.
Mereka berpiket, menjerit-jerit namanya bahkan mengutuk dengan kata-kata lucah.
Petani-petani berjumpa dengan
setiap orag yang berurusan dengan Boycott. Kemudian mereka menceritakan
kekejaman Boycoot, akhirnya mereka berjaya mendesak supaya peniaga tidak
menjual barang-barang keperluan kepadanya, tukang-tukang besi pula, atas
desakan para petani enggan meggantikan ladam kudanya. Manakala yang bukan
petani, menolak bekerja di ladang-ladang di bawah jagaannya.
Kali ini kesannya
mula terasa, hasil pertanian tidak dapat dikutip. Akhirnya Earl terpaksa
memecat Boycoot, kemudian seluruh ahli keluarganya dipinggirkan. Kemudian
kata-kata sperti ini wujud " jangan dekati Boycoot, Boycoot itu dan ini..
menjadi sebutan hingga pada kanak-kanak zaman itu.
Gambaran keadaan ketika
perbicaraan Boycott
Hari ini di serata dunia,
perkataa boikot digunakan secara meluas bagi menggambarkan rasa marah atau
benci terhadap sesuatu. Sama ada barangan, idividu atau negara. Sikap Charles
Cunningham Boycoot yang angkuh, kejam, tidak bertimbng rasa dan enggan bertolak
angsur, menambah perbendaharaan kata kepada banyak bahasa di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan