Traffic light yang
pertama muncul berhampiran persimpangan George dan Bridge Street berhampiran
Dewan Rakyat Parlimen British. Ia dicipta oleh John Peake Night seorang
jurutera keretapi. Traffic light tersebut hanya mempunyai lampu dan dijaga
secara manual oleh seorang pegawai polis.
Traffic light tersebut setinggi 22
kaki dan dinyalakan menggunakan gas. Tapi ciptaan ini tidak bertahan lama kerana
selepas sebulan beroperasi lampunya telah meletup dan mencederakan polis yang
bertugas menjaganya.
Pada tahun 1908 di
Toledo, Ohio satu traffic light yang tertulis perkataan “STOP” dan “GO” yang berwarna merah dan hijau berlatar
belakangkan warna putih. Ianya diterangi lampu minyak tanah dan setinggi 8 kaki
dan dikawal oleh polis yang akan mniup wisel untuk menukar arahan pada traffic
light ini.
Pada tahun 1912
traffic light 3 warna pertama kali telah digunakan, penciptanya dalah seorang
pegawai polis yang bernama William Potts dari Detroit. Ia diletakkan di
persimpangan Michigan dan Woodward. Idea ini tercetus bila beliau memikirkan
bagaiman pegawai polis di empat traffic light tidak boleh mengubah lampu mereka
semua pada masa yang sama. (Masa ni semua guna manual) Jawapnnya adalah
menggunakan lampu ketiga iaitu warna kuning iaitu warna yang digunakan oleh
lampu keretapi.
Pada tahun 1922
traffic light mula dikawal oleh pemasa elektronik (timer) Syarikat pertama yang
menambah pemasa di traffic light adalah Crouse Hinds. Syarikat ini juga yang
membina isyarat keretapi dan traffic light ini telah diletakkan di Houston.
Sistem ini telah mnjimatkan kos sebanyak $12,500.000 dan tenaga kerja seramai
500 pegawai dan 6,000 pekerja yang mengendalikan traffic light.
Pada tahun 1950 an
kawalan traffic light mula diambil alih oleh computer dan contoh terbaik ialah
traffic light yang dipasang di Denver pada tahun 1952. Traffic light ini
menggunakan satu komputer yang boleh mengawal 120 lampu dengan sensor untuk
mengesan traffic masuk dan keluar. Seiring dengan komputer yang semakin
berkembang kawalan traffic light pula semakin baik untuk pengesanan kenderaan.
Kawalan menggunakan komputer ini telah dikekalkan sehingga sekarang.
Info yg bermutu, teruskan lagi
BalasPadamTq...No nama ...aku akan cuba cari lai info2 yang menarik untuk kita semua....
BalasPadam