Khamis, 5 Disember 2013

Sepintas lalu tentang Super Sentai

Kalo aku sebut "Super Sentai"...semuanya geleng - geleng kepala tapi bila aku sebut "Power Ranger" baru korang angguk...sebenarnya kedua - dua ni sama je cuma satu versi Jepun kemudian di francaikan ke Amerika ...apa - apa pun korang layan jelah maklumat yang aku bagi ni... cuba korang tengok gambar kat bawah ni ramaikan....si Super Sentai a.k.a Power Rangers ni....


Super Sentai adalah nama yang diberikan kepada pasukan superhero negeri Jepun yang dihasilkan oleh syarikat Toei dan Bandai. “Super” merujuk kepada kuasa mereka manakala “Sentai” bermaksud pasukan bertugas atau skuadron Jepun, istilah yang digunakan untuk skuadron Jepun pada perang dunia ke dua.




Biasanya terdiri dari lima anggota ( ada yang enam. empat atau tiga ), dengan kostum berwarna – warni menjadikan Super Sentai antara siri yang popular selain Ultraman, Kamen Rider dan Metal Hero.

Logo - logo pasukan Super Sentai

Siri yang prtama adalah Himitsu Sentai Gorenger pada tahun 1975, telah dicipta oleh Shotaro Ishinomori. Beliau juga pencipta Kamen Rider dan Cyberg 009.  Selepas siri Sentai ke 2 iaitu JAKQ Dengeketai tidak mendapat sambutan beliau tidak mahu lagi mencipta sentai seterusnya.


Oleh itu syarikat Toei memilih untuk bekerjasama engan syarikat Marvels Comics. Kerjasama ini telah menghasilkan sentai Battle Fever J dan seterusnya Denshi Sentai Denziman.



Siri pertama yang dijadikan Power Rangers adalah Kyoryu Sentai Zyuranger. (1992) , kostum yang sama. Kira Power Rangers ni adalah Super Sentai versi orang putih. Kemudian bermulalah

Siri Mighty Morphin Power Rangers.


 Logo - logo pasukan Power Rangers


Untuk siri Super Sentai setakat ini terdapat 37 pasukan yang berbeza - beza iaitu dari pasukan Super Sentai yang pertama tahun 1975 hinggalah pasukan Super Sentai 2013. Mana tak banyak setiap tahun lahir satu pasukan Super Sentai. Untuk tahun 2014 pun dia dah ada nama dan tunggu nak dilancarkan. Manakala siri Power Rangers pula terdapat 21 pasukan. Nanti aku akan listkan semuanya k...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan