Ahad, 1 Disember 2013

Hikayat Popeye The Sailor Man

Akulah " Popeye The Sailorman " tuuuttttt....tuuuttttt...

Kartun Popeye telah dicipta pada tahun 1929 oleh EC Segar, ia dilhamkan dari seorang lelaki tempatan bernama Frank “Rocky” Fiegel. Popeye adalah watak pelaut yang protagonis dan  kartun animasi yang terkenal dengan mata kanannya yang juling, lengan yang besar tetapi atas lengan yang kurus dengan menghisap rokok paip. Rokok paipnya boleh menjadi senjata dengan meniup asap ke muka musuh dan boleh juga menjadi seperti corong kapal selam bila beliau masuk ke dalam air.

Keadaan kekuatan beliau berbeza beza…ada masa lemah dan sering dibuli Brutus, tetapi dengan memakan sayur Spinach beliau akan menjadi kuat yang luar biasa dan superpower.

Bluto                                                  Olive                                      Wimpy                                 
                                       


Pada mulanya Popeye hanyalah watak komik tetapi disebabkan populariti telah membawa Popeye ke siri animasi. Kebanyakan siri kartun Popeye mengisahkan beliau menyelamatkan teman wanitanya yang bernama Olive Oyl dari penjahat bernama Bluto/Brutus (kadang – kadang menjadi kawan Popeye) .  Beliau juga mempunyai kawan yang bernama Wimpy iaitu si kaki Burger.


Swee'pea & anak - anak sedara Popeye iaitu Pipeye,Peepeye,Poopeye dan Pupeye

Selain itu ada juga cerita yang mengambil pendekatan yang berbeza seperti menyelamatkan Olive dari ancaman pihak lain. Cerita tentang anak angkat beliau iaitu Swee’Pea, melayan kerenah anak anak saudara beliau seramai 4 orang iaitu Pipeye , Peepeye , Poopeye , dan Pupeye dan lain – lain.



Pada masa perang dunia ke-2, uniform Popeye berubah menjadi tentera laut berwarna putih dan Popeye memakai uniform ini dari siri animasi 1940-an sehingga tahun 1960-a.


Fi.lem Popeye lakonan Robin William


Dalam tahun 1950-an. Syarikat Paramount telah menjual hak animasi Popye kepada syarikat A.A.P. Popeye juga telah difilemkan pada tahun 1980 lakonan Robin William dan mendapat kutipan sebanyak USD49,823,037, lebih 2 x bajet yang dikeluarkan untuk filem itu. Pada tahun 2004 satu siri televisyen bertajuk Voyage Popeye : The Quest dihasilkan oleh Mainframe Entertainment untuk Lion Gate Intertainment Dan King Features Intertainment.



Selama bertahun – tahun siri animasi Popeye telah disuarakan oleh ramai orang yang berbeza antaranya :-



William Costello – 1933 ~ 1935

Jack Mercer – 1935 ~ sehingga kematian beliau pada tahun 1984

Maurice La Marche – 1985 ~ 1990

Billy West - 2004

Tiada ulasan:

Catat Ulasan