Huruf ini direka dan
dicadangkan oleh seorang lelaki berbangsa Inggeris yang bernama Stanley
Morrison. Beliau lahir pada tanggal 6 Mei 1889 di Wanstead, England.
Stanley bermula sebagai seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa pengetahuan
tentang percetakan, namun lama-kelamaan beliau banyak memegang posisi penting
dalam dunia tersebut. Pengetahuannya yang banyak dalam bidang tipografi
diperolehi sejak beliau menjadi anggota percetakan di The Pelican Press.
Stanley Morrison
Cintanya kepada Tuhan membuatnya banyak membaca
buku-buku agama, bahkan karya tipografinya yang pertama juga ditujukan untuk
gereja. Setelah keluar dari The Pelican Press, beliau bekerja untuk Cloister
Press di Manchester. Banyak rekaan terbaiknya dihasilkan ketika beliau bekerja
di situ. Lebih-lebih lagi, karyanya banyak mencerminkan latar belakang gereja
Katolik. Perkara ini boleh dilihat pada ilustrasi dan pelbagai dekorasi yang
beliau gunakan. Oleh kerana beliau sangat benci akan peperangan, gerakan
anti-perangnya membuatkan beliau dipenjara selama empat tahun (1914-1918).
Berasal dari suratkhabar “Times”
Selama lebih kurang 30 tahun (1929-1960) Stanley Morrison menjadi
konsultan huruf untuk akhbar The Times di London. Pada tahun 1931, beliau
berkata pada Times, ”The Times merupakan akhbar yang telah memiliki
pelanggannya sendiri, kita memerlukan sebuah huruf yang tidak sama dengan
barang dagangan pada umumnya, huruf itu harus baik pada dasarnya, namun juga
mencerminkan kekuatan dari garis, konsistensi, dan ekonomi bagi The Times”.
Kerana kata-katanya itulah, 3 Oktober 1932
menjadi hari perkenalan jenis huruf “Times” di khalayak ramai, kerana pada hari
itu untuk pertama kalinya akhbar The Times dicetak dengan menggunakan jenis
huruf yang mempunyai identiti akhbar itu sendiri. Stanley Morisson bukan lah
satu-satunya manusia yang berada di sebalik kejayaan huruf tersebut. Beliau
juga dibantu oleh rakannya yang bernama Victor Lardent sebagai orang yang
bertanggungjawab mereka rancangan huruf ini.
Huruf bernama ‘Times’ ini dengan cepat menjadi
sangat popular pada masa itu, banyak digunakan di akhbar, majalah, mahupun buku
laporan tahunan perniagaan. Huruf ini didaftarkan patennya di The Monotype
Corporation di England, namun ia juga turut didaftarkan di syarikat paten
Linotype di Amerika, kerana akhbar The Times banyak mendaftarkan paten dari produk-produknya
ke Linotype. Akhirnya, pada tahun 1945, The American Linotype Company
mendaftarkan nama dagang ”Times Roman” secara berasingan, bukan sebagai
sebahagian dari The Times ataupun Monotype. Di sinilah terjadinya perbezaan
nama untuk penggunaan huruf ini dalam komputer. Linotype dan
perniagaan-perniagaan di bawah labelnya seperti Adobe dan Apple
Macintosh menggunakan nama ”Times Roman”, sedangkan Monotype
dengan perniagaan-perniagaan di bawah labelnya seperti Microsoft menggunakan
nama “Times New Roman”.
Pada era 80-an, Monotype mereka semula huruf
Times New Roman dan menyatakan bahawa huruf yang direka semula ini jauh lebih
baik daripada Times Roman yang dimiliki Linotype. Disebabkan tidak mahu mengaku
kalah, pada tempoh waktu yang berdekatan, Adobe-Linotype juga telah melancarkan
siri baru huruf Times, yang sudah tentu mereka nyatakan sebagai huruf yang baru
dan juga jauh lebih baik berbanding huruf milik Monotype. Pada dasarnya,
sebahagian atau mungkin seluruh pengguna huruf ini tak akan menyedari atau
bahkan tidak mempunyai masalah antara keduanya walaupun huruf-huruf tersebut
dicetak dengan sangat jelas dengan ukuran 10 pt dan dalam resolusi tinggi 300
dpi.
Selepas berbagai pertentangan di atas, terbukti
bahawa Stanley Morrison telah berjaya mencipta huruf yang bagus dengan ciri
khasnya yang tersendiri sehingga jenis huruf ini terus dikenang dan digunakan
oleh semua orang hingga ke saat ini. Beliau meninggal dunia pada 11 Oktober
1967 di London, England.
*Kalo korang perasan artikel ini juga ditulis dengan huruf Times New Roman....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan